‘Kartel D7’: Bekas Inspektor ditahan sebar fitnah - Huzir

‘Kartel D7’: Bekas Inspektor ditahan sebar fitnah 

HUZIR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai berpangkat Inspektor ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung penyebaran kumpulan kartel melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam media sosial. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki berusia  33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.24 malam di Alor Setar, Kedah. 

Katanya, tujuan suspek dipercayai kerana marah, tidak puas hati dan dendam terhadap pasukan siasatan yang telah mengambil tindakan terhadapnya. 

Ujar beliau, suspek telah dijatuhkan hukuman pengawasan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) selama dua tahun di Alor Setar, Kedah di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959. 

“Suspek juga pernah membuat tohmahan terhadap pasukan D7 yang menahannya di bawah Op Mualang yang dilaksanakan D7 bagi mencegah aktiviti kongsi gelap di sekitar Klang , Selangor. 

“Tindakan sebegini dipercayai kerana tidak berpuas hati kerana dikenakan LPJ sehingga diberhentikan kerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Huzir, dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas laptop, telefon bimbit, pendrive, simkad serta gajet dan kesemua barangan tersebut dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis. 

Kata beliau, setakat hari ini, pihaknya membuka empat kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

“Kertas siasatan dibuka susulan empat laporan dibuat empat pegawai nama dinyatakan dalam tohmahan tersebut. 

“Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang awam untuk menghentikan sebarang spekulasi, andaian tidak berasas serta diingatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan isu ini mana-mana saluran media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” ujarnya. 

Tambah Huzir, penyebaran itu merupakan tohmahan yang sangat serius.

Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan maklumat kumpulan kartel D7 terlibat dengan salah guna kuasa, melindungi, bersubahat, bersekongkol dan menerima rasuah daripada pelbagai sindiket jenayah terancang. 

Dalam artikel itu, satu senarai nama pegawai dan anggota dari Bahagian D7 JSJ Bukit Aman beserta gambar mereka telah dimuat naik. 

Pegawai dan anggota ini juga ditohmah dan dikaitkan terlibat dengan beberapa sindiket jenayah terancang seperti Geng Nicky, Geng Addy Kanna, Geng Wan Padang Besar, Geng Pak Su Bukit Kayu Hitam dan Geng 99. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya