Kanak-kanak 9 tahun gantung diri kerana selisih faham

Kanak-kanak 9 tahun gantung diri kerana selisih faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemukan maut dalam keadaan menggantung dirinya di kediaman keluarga di Flat Temenggong, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu berbuat demikian dipercayai kerana perselisihan faham antara keluarga.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kulai telah tiba ke kediaman mangsa pada pukul 4 petang.

“Setibanya di lokasi, mangsa telah diturunkan oleh ahli keluarga daripada tempat asal mangsa menggantung diri menggunakan kain pelikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, pihak hospital yang tiba kira-kira pukul 4.45 petang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan fizikal dan mangsa disahkan mati kerana ‘hanging’.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya