Kakitangan, pesara kerajaan Melaka akhirnya dapat 'duit raya' - Utusan Malaysia

Kakitangan, pesara kerajaan Melaka akhirnya dapat ‘duit raya’

SULAIMAN MD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam dan RM250 buat pesara.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, ‘duit raya’ itu diberikan kepada 5,169 penjawat awam termasuk kakitangan kontrak dan pekerja petugas harian (PSH).

Katanya, bantuan khas itu diisalurkan pada 6 Mei ini bersama-sama pembayaran gaji penjawat awam atau sebelum raya bagi membantu meringankan beban golongan berkenaan membuat persiapan menyambut Syawal.

“Keputusan ini dibuat setelah memperhalusi kebolehupayaan kerajaan negeri dan seikhlasnya yang boleh diberikan kepada penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kerajaan yang memerintah.

“Syukur Alhamdulillah ia melegakan saya dan barisan pengerusi jawatan kuasa,” katanya dalam sidang akhbar khas di Seri Negeri Ayer Keroh di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Perikatan Nasional (PN) Melaka menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan semula pemberian bonus kepada seluruh penjawat awam dan pesara di Melaka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN