Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Kelantan atasi nasional - Utusan Malaysia

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Kelantan atasi nasional

RAKYAT mahu pemimpin politik memberi tumpuan kepada usaha melawan Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan mencatatkan kadar kebolehjangkitan pandemik Covid-19 yang tinggi iaitu mencecah angka 1.12, melebihi peringkat nasional 1.06.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, 22 peratus kes di Kelantan adalah kes yang tiada ‘epid link’ iaitu kes yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada.

Menurut beliau, keadaan itu menunjukan Covid-19 sudah berada dalam komuniti dan ruang untuk berjangkit  terlalu tinggi.

“Dalam masa 14 hari ini, kes jangkitan  tinggi iaitu 1,029 kes dengan  24 kluster masih aktif di seluruh negeri.

“Kegusaran kita masih tinggi kerana walaupun kes harian menunjukkan penurunan, pending case atau keputusan belum diterima adalah melebihi 2,000 sampel,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Izani berkata, kadar penggunaan katil (BOR) di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) semakin membimbangkan  kerana melebihi 70 peratus malah ada yang melebihi 100 peratus.

Katanya, BOR di Hospital Tumpat sudah melebihi 113.4 peratus manakala Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai sudah 100 peratus.

“BOR PKRC Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) mencapai 97.5 peratus, PKRC Jubli Perak (96.7 peratus), Hospital Jeli (95.8 peratus), Hospital Machang (87.5 peratus), Asrama Hospital Pasir Mas (85.7 peratus), Hospital Raja Perempuan Zainab II (81.0 peratus) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (83.3 peratus),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin memberitahu, tahap capaian pendaftaran di aplikasi mySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di negeri ini masih rendah iaitu 21 peratus atau kira-kira 268,000 individu.

Beliau yang ditemui pemberita ketika meninjau kerja-kerja akhir menukar tapak Madinah Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini menjadi PKRC yang baharu berkata, sebanyak 100 katil akan ditempatkan di situ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya