Jual bunga api dibenarkan dengan syarat - Utusan Malaysia

Jual bunga api dibenarkan dengan syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjualan bunga api bagi musim perayaan Aidilfitri tahun ini dibenarkan selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kelulusan bagi mengimport, menyimpan dan berniaga secara jualan umum sempena musim perayaan.

Bagaimanapun, penjualan bunga api tersebut perlu mematuhi peraturan ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga kecil atau peruncit dan pasar raya adalah warga Malaysia sahaja.

Malah, lesen berniaga hendaklah dipamerkan dan tempoh jualan hanya dibenarkan selama 30 hari.

“Peniaga kecil dan bazar adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai tempat simpan selamat serta diperakui dan mempunyai kebenaran seperti permit atau lesen.

“Antara perkara yang tidak dibenarkan ialah menjual bunga api kepada pembeli kurang 18 tahun, urus niaga secara dalam talian dan restoran serta kedai makan tidak dibenarkan menjual bunga api,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (AKta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Semua pihak yang menjalankan perniagaan berkenaan diberi peringatan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, jelas Mat Kassim, sebanyak 36 jenis bunga api sahaja yanh dibenarkan dijual antaranya Pop-Pop,Happy Boom Glow of Sunset, Happy Boom Sunset Bar dan Happy Boom Glories.

Jelas beliau, senarai lain bunga api yang dibenarkan iaitu Happy Boom Flower Silver Cracking Rain, Happy Boom Birthday Candle, Happy Boom Dush 20 (Roman Candle),Happy Boom Dush 30 (Roman Candle), Happy Boom 10 Shoots (Roman Candle).

“Antara yang dibenarkan lagi, Happy Boom 8 Shoots Roman Candle (New),Happy Boom Sun Sparkles, Happy Boom Colour Sun Sparkle (18 inci Besi Colour), Happy Boom Fountain, Happy Boom 10 inci Ice Cream (Fountain), Happy Boom 15 inci Ice Cream (Fountain), Happy Boom 13 inci Conic (Fountain),Happy Boom Mini Ice Cream (Fountain), Happy Boom Peacock Fountain, Happy Boom Happines Fountain serta Happy Boom Ground Boom Flower.

“Turut dibenarkan,Happy Boom Camelia Flower,Happy Boom Firework,Happy Boom Pili Cracker,Happy Boom Pili Cracker 3 Minutes,Happy Boom Moon (Rockets),Happy Boom Thunder Clap (Rockets),Happy Boom Top Gun (UFO), Happy Boom Top Gun, Happy Boom Sky Dragon (New) dan Happy Boom 14 inci Besi.

“Selain Happy Boom Bee,Happy Boom Mancis, Happy Boom Cili Padi,Happy Boom Party Pooper, Happy Boom Banana Kecil serta Happy Boom Banana Hujan,” ujarnya.

Kata beliau lagi, jenis bunga api yang tidak dibenarkan iaitu:

1. Happy Boom Red Cracker (8 inci)
2. Happy Boom Red Cracker (Cake)
3. Happy Boom Celebration Red fire Cracker
4. Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater (1 inci 49 shot)
5. Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeate (1.5 inci 138 shot)
6. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 16 shot)
7. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 25 shot)
8. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 36 shot)
9. Happy Boom Tikus 50 (50 Misile). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya