JPN eSERVICES dilancar permudahkan urusan orang ramai

JPN eSERVICES permudah urusan berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bagi memudahkan pelbagai urusan berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), perkhidmatan JPN eSERVICES dilancarkan hari ini. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua pihak perlu memanfaatkan perkhidmatan ini bagi mentransformasikan perkhidmatan kerajaan yang lebih efisien dan lebih mesra pengguna seiring keselamatan data peribadi terus pada tahap tertinggi. 

“Perkhidmatan ini membolehkan pelbagai perkhidmatan dilaksanakan seperti berkaitan kelahiran, kad pengenalan, permohonan cabutan rekod kad pengenalan dan urusan perkahwinan.

“Malah sebanyak 41,816 pelayar sudah menggunakan perkhidmatan ini sejak Mac lalu dan kerajaan juga bersedia menambah baik bagi memastikan berfungsi dengan lebih baik,” katanya yang berucap pada majlis perasmian JPN eSERVICES secara maya dalam laman Facebook rasmi kementeriannya, sebentar tadi. 

Sementara itu, Hamzah berkata, program ID Digital Nasional (Digital ID) yang akan diperluaskan kepada rakyat Malaysia, tidak akan menggantikan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri.

Katanya, Digital ID diwujudkan bagi memperkukuhkan ciri-ciri keselamatan MyKad dengan ciri yang lebih kompleks supaya tidak boleh dipalsukan. 

“Ini juga antara usaha kerajaan dalam membanteras sindiket MyKad palsu. 

“Inisiatif ini membolehkan pihak penguat kuasa mampu mengenal pasti pemalsuan dengan lebih baik dan pantas terhadap mana-mana individu yang mengeluar dan memegang MyKad palsu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya