Johor umum bantuan raya setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 - Utusan Malaysia

Johor umum bantuan raya setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

HASNI Mohammad dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke PPV Dewan Muafakat Adda Heights di Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 15,000 penjawat awam Johor menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang disalurkan akhir bulan ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, ia bukan bonus sebaliknya hanya bantuan hari raya memandangkan Johor mencatat Belanjawan 2021 yang defisit tahun lalu.

“Pembayaran hujung bulan ini melibatkan seramai 15,000 penjawat awam Johor,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Johor, Adda Heights, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan sama ada kerajaan negeri merancang pemberian bonus kepada penjawat awam Johor ekoran pengumuman bantuan raya oleh kerajaan Pusat, 22 April lalu.

Pada 29 November tahun lalu, Kerajaan Johor membentangkan Belanjawan 2021 dengan defisit sebanyak RM248.14 juta selepas merekodkan belanjawan lebihan selama 10 tahun berturut-turut, sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Hasni berkata, Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Johor Fasa Kedua yang bermula hari ini melibatkan seramai kira-kira 600,000 individu termasuk golongan warga emas di 21 PPV yang melibatkan sembilan fasiliti kesihatan dan 12 fasiliti bukan kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya