Johor tidak lanjut waktu operasi Bazar Aidilfitri - Utusan Malaysia

Johor tidak lanjut waktu operasi Bazar Aidilfitri

AYUB Jamil (tengah) bersama-sama Mohd. Haffiz Ahmad (kanan) mengunjungi Bazar Ramadan di Taman Universiti, Skudai di Johor. - UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor tidak senada dengan Kerajaan Pusat apabila mengekalkan masa perniagaan Bazar Aidilfitri beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, tindakan tidak melanjutkan tempoh operasi sehingga pukul 2 pagi menjelang perayaan Aidilfitri diambil bagi mengelak daripada berlaku penularan Covid-19.

Jelasnya, lanjutan tempoh operasi terutama pada malam raya bagi membolehkan peniaga membuat jualan lelong dikhuatiri menyebabkan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Tentunya ada permintaan daripada peniaga seperti mahu membuat jualan lelong mungkin ingin sehingga pukul 3 pagi. Kita (kerajaan negeri) tidak mahu berlaku kesesakan berlebihan yang menimbulkan isu dalam kalangan yang tidak ikut SOP.

“Setakat ini kerajaan negeri memutuskan hanya sehingga 12 tengah malam. Kita tidak lanjutkan kerana sudah bagi masa mencukupi dan tidak mahu berlaku apa-apa kerana ia memberi kesan sekiranya bazar tutup, mengambil masa lima hingga enam hari berikutan Jabatan Kesihatan Negeri perlu buat penilaian risiko,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Bazar Ramadan di Taman Universiti, Skudai, di sini hari ini. Turut sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Datuk Mohd. Haffiz Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN