JAGADrone tingkat keselamatan kampus UTM - Utusan Malaysia

JAGADrone tingkat keselamatan kampus UTM

NORAINI Ahmad (tengah) mendengar taklimat berhubung program JAGADrone yang digunakan UTM untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam kawasan kampus di Skudai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membangunkan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) dikenali sebagai ‘JAGADrone’ bertujuan meningkatkan sistem rondaan dan pengawasan kampus bagi tujuan keselamatan.

Universiti itu dalam satu kenyataan memberitahu, JAGADrone adalah inisiatif UTM sebagai universiti premier dalam bidang teknologi untuk menerapkan penggunaan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dalam kegunaan harian.

Menurut kenyataan itu, sistem JAGADrone terdiri daripada komunikasi jarak jauh, kawalan berasaskan internet, sistem rondaan pengawal berasaskan Internet Kebendaan (IoT) dan GuardExpert Pro.

“Sistem ini dapat merealisasikan visi keselamatan kampus masa depan dengan menawarkan penyelesaian keselamatan kampus yang komprehensif secara masa sebenar.

“Kemampuan pengawasan dan rondaan udara sangat berguna terutama untuk kampus bersaiz besar seperti UTM yang mempunyai banyak permukaan sukar dijangkau dan berisiko tinggi,” menurut kenyataan itu.

Majlis Pelancaran JAGADrone disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Dewan Senat, UTM, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya