Isu pukul pengawal peribadi: Tindakan tegas akan diambil

Isu pukul pengawal peribadi: Tindakan tegas akan diambil

HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri mahu tindakan tegas diambil susulan kes membabitkan dua pengawal peribadi yang dipukul kerana berpuasa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat lanjut kes itu.

“Kita kena ambil tindakan tegas kalau sesiapa melakukan perkara yang boleh menyebabkan ketidakpuasan terutama semata-mata isu berpuasa. Isu orang puasa ini isu paling besar dalam negara kita, kita kena faham mereka (mangsa) orang Islam dan perlu berpuasa.

“Tindakan tegas akan diambil jika benar ia berlaku seperti diuar-uarkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Wacana Meja Bulat berhubung isu kalimah Allah di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan, dua pengawal peribadi mendakwa dipukul majikannya kerana berpuasa dalam kejadian di Kondominium One KL, Jalan Pinang dan mangsa turut mendakwa mereka dipukul dengan sebatang rotan serta diacu pistol.

Susulan itu, polis menahan seorang ahli perniagaan berusia 43 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).

Suspek turut direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya