Isu konsesi balak: SPRM Negeri Sembilan buka kertas siasatan

Isu konsesi balak: SPRM NS buka kertas siasatan

PEMBALAKAN di Kelantan terkawal dan bukan punca kepada bencana banjir. - Gambar Hiasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan konsesi balak melibatkan Yayasan Negeri Sembilan (YNS). 

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Mohamad Zakkuan Talib berkata, siasatan lanjut berhubung isu berkenaan masih berjalan dan pihaknya bukan sahaja menyiasat isu konsesi balak di kawasan Lenggeng bahkan turut menyiasat keseluruhan kawasan konsesi balak melibatkan YNS sejak tahun 2014 lagi.

MOHAMMAD ZAKKUAN TALIB

Sehubungan itu, pihaknya menggesa mana-mana pihak untuk menghentikan sebarang spekulasi dan menyebarkan berita-berita palsu berhubung perkara berkenaan sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah blog dan akaun Facebook baru-baru ini.

“Bagi isu konsesi balak YNS ini, siasatan awal mendapati konsesi balak yang diberikan kepada yayasan berkenaan telah bermula sejak 2014 dengan kuota sebanyak 2,500 hektar setiap tahun.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mana-mana pihak digesa untuk hentikan sebarang spekulasi serta menyebarkan berita palsu berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 16 April lalu, kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan kepada pihak SPRM bagi menyiasat berhubung isu pengeluaran kayu balak di kawasan Lenggeng.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam hal tersebut dan akan sentiasa memberi bekerjasama kepada pihak SPRM.

Kenyataan berkenaan dibuat susulan sehari sebelumnya Utusan Online melaporkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mendesak supaya kerajaan negeri menghentikan kerja-kerja pembalakan seluas 500 hektar di kawasan Lenggeng yang didakwa melibatkan sebuah yayasan negeri ini.

Menurutnya, aktiviti pembalakan berkenaan wajar dihentikan selepas perkara itu kini dalam siasatan pihak SPRM.

Hari ini, penulis blog, Raja Petra Kamarudin menerusi artikel bertajuk ‘Pencegah Rasuah Pun Bapak Rasuah’ menyenaraikan 20 perkara utama antaranya membabitkan unsur rasuah dan salah guna kuasa individu tertentu termasuk dakwaan siasatan kes balak YNS telah disejukbekukan oleh SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya