PETALING JAYA: Penyelesaian harga barangan keperluan harian buntu berikutan desakan penternak yang mahu kerajaan mengkaji semula Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 yang diperkenalkan bagi mengawal kenaikan kos. Mereka berpendapat harga yang disyorkan oleh kerajaan itu perlu dikaji semula bagi mengelakkan penternak terus terbeban dengan kenaikan kos dedak pada masa kini. Timbalan Pengerusi Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia, Lee Yoon Yeau memberi contoh, harga kawalan bagi telur gred A dan B disifatkan terlalu rendah dan tidak sepadan dengan kenaikan kos harga dedak. Katanya, harga tersebut perlu dikaji…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya