IHPR pengeluaran tempatan naik 2.7 peratus - Utusan Malaysia

IHPR pengeluaran tempatan naik 2.7 peratus

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan mencatatkan pertumbuhan positif pertama Februari lalu menerusi peningkatan 2.7 peratus setelah mengalami pertumbuhan negatif 11 bulan berturut-turut sejak Mac 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan pula terus mencatatkan meningkat 35 peratus berbanding 22.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Selain itu ujarnya, indeks sektor pembuatan dan bekalan air masing-masing meningkat 1.5 peratus dan 0.8 peratus.

“Indeks perlombongan mencatatkan perubahan negatif 11 peratus, bertambah baik dari negatif 28.3 peratus awal tahun ini. Namun, indeks bekalan elektrik dan gas turun 1.9 peratus.

“Bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan menunjukkan peningkatan 1.5 peratus pada Februari lalu, lebih rendah daripada 2.0 peratus yang dicatatkan bulan sebelumnya. Sektor pembuatan dan pertanian serta perhutanan dan perikanan masing-masing meningkat dengan pertumbuhan perlahan 0.5 peratus dan 2.2 peratus,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bagaimanapun jelasnya, sektor perlombongan mencatatkan pertumbuhan 12.9 peratus, lebih tinggi berbanding 11.3 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya.

“Bekalan elektrik dan gas juga mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus berbanding -0.1 peratus pada Januari sementara indeks bekalan air turun 0.4 peratus,” tambahnya.

Jabatan Perangkaan turut melaporkan IHPR pengeluaran tempatan tahun ke tahun bagi kesemua peringkat pemprosesan mencatatkan peningkatan pada Februari 2021.

Peningkatan yang lebih tinggi dicatatkan oleh bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya dengan pertumbuhan 10 peratus berbanding -3.4 peratus Januari lalu.

Pada masa sama, indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen serta barang siap masing-masing meningkat 1.5 peratus dan 0.4 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya