Hentikan darurat, selamatkan ekonomi - Najib - Utusan Malaysia

Hentikan darurat, selamatkan ekonomi – Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemulihan ekonomi pasca Covid-19 Malaysia terus ketinggalan berbanding negara-negara lain berdasarkan pasaran saham tempatan yang masih suram.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia berlaku apabila pelabur asing terus mengeluarkan dana daripada pasaran saham negara setiap tahun  selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Oleh itu, menurut beliau, kerajaan wajar  menghentikan segera darurat selain memulihkan  sistem demokrasi dan mengawal Covid-19 dengan lebih baik.

“Selepas PRU-14, Malaysia terus ketinggalan dari segi ekonomi. Pasaran saham negara-negara lain sedang merekod tahap paling tinggi  tetapi pasaran Malaysia masih suram.

“Jangan hanya kepentingan politik dan kuasa, Malaysia dibiarkan ketinggalan dunia. Ini sains, data dan fakta sebenar. Bukan fakta ‘sains dan data’ rekaan kerajaan bahawa Parlimen tidak boleh berlangsung sebab terlalu ramai orang tua yang telah divaksin dalam dewan berisiko dijangkiti Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, tiga pakar ekonomi menjangkakan ekonomi Malaysia bertambah teruk sekiranya darurat tidak ditamatkan dengan segera.

Situasi itu  akhirnya akan menjerumuskan negara dengan  peningkatan jumlah pengangguran.

Tiga pakar ekonomi itu ialah Penasihat Penyelidik Institusi Penyelidikan Khazanah, Profesor Emeritus Dr. Jomo Kwame Sundaram; ahli ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Pengarah Urusan DM Analytics Sdn. Bhd., Dr. Muhammed Abdul Khalid.

Tegas mereka, Malaysia kini  tidak lagi menjadi destinasi pilihan pelaburan di rantau ini dan sudah berada di belakang negara lain seperti Laos serta Vietnam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya