Hanya empat bazar Ramadan gagal ikut SOP - Zuraida

Hanya empat bazar Ramadan gagal ikut SOP

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya tiga daripada 1,122 Bazar Ramadan di seluruh negara ditutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin berkata, jumlah itu membabitkan dua lokasi bazar di Terengganu manakala satu lagi di Gombak, Selangor.

Katanya, selain itu satu bazar di Pulau Pinang dikompaun kerana gagal mematuhi SOP penganjuran Bazar Ramadan.

“Walaupun ditutup, tetapi mereka boleh dibuka semula dengan pematuhan semula SOP dengan perkemaskan balik laluan dan sebagainya.

“Mungkin mereka tiada pengalaman, Insya-Allah jika mereka melakukan tambah baik, boleh dibuka semula,” katanya kepada pemberita menghadiri Sesi Bersama YB Datuk Zuraidah dalam Program Srikandi Muda, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zuraidah menambah, pematuhan SOP di dalam kalangan peniaga bazar setakat kini adalah baik setakat berbanding pada hari pertama bulan Ramadan.

Katanya, keadaan kini lebih teratur dan tersusun pada hari ke-11 penganjuran bazar Ramadan.

“Mungkin ketika permulaan mereka tidak selesa, sebab perkara ini masih baharu lagi. Malah pada tahun lepas tiada bazar, tetapi Alhamdulillah pada tahun ini dibenarkan.

“Tetapi sekarang keadaan lebih teratur dan tersusun berbanding pada awal Ramadan lalu,” katanya.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini memaklumkan mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri akan diarah tutup sekiranya gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Itu antara syarat kepada peniaga bazar yang digariskan MKN susulan kerajaan membenarkan kedua-dua bazar itu beroperasi tahun ini, iaitu antara jam 3 petang hingga 8 malam bagi bazar Ramadan dan 10 pagi hingga 12 tengah malam bagi bazar Aidilfitri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN