Guan Dee dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya 

Guan Dee dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya 

GUAN DEE KOH HOI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Guan Dee Koh Hoi dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan. 

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Guan Dee mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Singgahsana Kecil, Istana Negara hari ini. 

Katanya, upacara angkat sumpah itu dibuat dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia. 

“Guan Dee dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan yang telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah Il merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan pelantikan Guan Dee sebagai Timbalan Menteri Persekutuan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan. 

Guan Dee yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah telah dilantik Senator pada 16 Disember tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya