Goreng keropok untuk anak pun dikompaun RM50,000? - Utusan Malaysia

Goreng keropok untuk anak pun dikompaun RM50,000?

MOHD. Azizi Mohd. Nor (dua kiri) bersama Nik Nawati Nik Lah (kanan) ketika ditemui pemberita di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan colek di Kampung Chekok, Tengah meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan kompaun RM50,000 tanpa budi bicara oleh pihak berkuasa, malam semalam.

Mohd. Azizi Mohd. Nor, 42 berkata, dia dan isteri Nik Nawati Nik Lah, 38, terkejut menerima kompaun itu ketika mereka selesai berniaga di kawasan bawah tangga rumah mereka.

“Sebelum anggota polis tiba, saya dan isteri sedang menggoreng keropok untuk hidangan anak-anak selepas selesai berniaga colek. Kami juga sudah menutup kedai ketika itu.

“Bagaimanapun, kami didatangi anggota polis yang terus mengeluarkan kompaun tanpa kami dapat menjelaskan hal sebenar kira-kira pukul 11.30 malam,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan hari ini berkata, tiga peniaga dikompaun RM50,000 dalam serbuan polis di tiga buah premis malam semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizi berkata, dia berharap agar kes itu mendapat pembelaan dan mendapat pertimbangan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya dan isteri tidak mampu bayar jumlah RM50,000 malah ini adalah kesalahan pertama kami.

“Saya dan isteri membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan di Jabatan Kesihatan Kota Bharu sebelum ia dipertimbangkan oleh Peguam Negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya