Gesa KPN sendiri pantau siasatan kes majikan pukul pengawal peribadi

KPN sendiri perlu pantau siasatan kes majikan pukul pengawal peribadi

MUHAMMAD Firdaus Khan (empat dari kiri) dan N. Nalan (empat dari kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat PN Klang berhubung isu majikan memukul pengawal peribadi kerana berpuasa selepas sidang akhbar di Bukit Raja Klang, Selangor hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Perikatan Nasional (PN) Klang menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sendiri yang memantau perjalanan siasatan kes majikan memukul pekerja kerana tidak suka mereka berpuasa.

Menurut Ketua Armada Klang, Muhammad Firdaus Khan Mohd. Osman, gesaan tersebut terkandung dalam laporan polis yang dibuatnya pada pukul 10.29 pagi tadi di Balai Polis Ibu pejabat Daerah Klang Selatan.

“Bagi pihak PN Klang kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan majikan yang memukul pekerja kerana tidak suka mereka berpuasa.

“Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah menghormati kedudukan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Komuniti P110 Klang di Bukit Raja hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Bersekutu PN Klang, D. Nalan dan Timbalan Ketua Bersekutu PN, Datuk Roger Tan.

Utusan Malaysia/Kosmo melaporkan, hanya kerana berpuasa, dua pengawal keselamatan mendakwa telah ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, kedua-dua mangsa mendakwa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tidak terhenti di situ, kedua-dua mangsa kemudian telah mengikut suspek yang berusia 43 tahun itu ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor sebelum dipukul dengan sebatang rotan.

Muhammad Firdaus Khan berkata, PN Klang juga menyeru agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan turut dihormati yang mana semua rakyat Malaysia bebas untuk beribadah mengikut agama masing-masing dengan aman dan tenang.

Katanya lagi, kes tersebut melibatkan dua pihak maka sewajarnya tiada pihak lain yang cuba campur tangan hingga mengeruhkan keadaan.

Sementara itu, Nalan berkata, kes tersebut adalah kes melibatkan majikan dan pekerja dan pihaknya berharap perkara tersebut tidak dijadikan isu perkauman.

“Kita juga akan merujuk kes tersebut kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan memandangkan kes melibatkan majikan yang mendera pekerja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya