Istana Pahang tarik balik gelaran Datuk Seri kepada Nicky

Gelaran Datuk Seri Nicky ditarik balik

LIOW SOON HEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gelaran darjah kebesaran yang dikurniakan kepada dua ahli perniagaan terkenal negara ini yang juga merupakan adik-beradik ditarik balik oleh Istana Pahang, berkuat kuasa serta-merta.

Istana Pahang menganugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Liow Soon Hee dikenali sebagai Datuk Seri Nicky manakala Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada Liow Wei Loon.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan telah dibatalkan berkuat kuasa 21 April lalu.

“Penama terbabit tidak dibenarkan lagi memakai sebarang gelaran yang dikurniakan serta-merta.

“Mereka perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan itu kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta,” katanya semalam.

Soon Hee disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram masih dalam buruan polis.

Pada awal April lalu, seramai 14 ahli ‘Geng Nicky’ termasuk  Wei Loon, adik kepada pengasas Winner Dynasty Group, Soon Hee, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya