Enam kes ingkar SOP, enam pekerja asing disaring positif 

Enam kes ingkar SOP, enam pekerja asing disaring positif 

Ramai yang mahu kerajaan menyahaktifkan aplikasi MySejahtera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah melonjak drastik kelmarin, jumlah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam jatuh mendadak.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya enam individu diberkas berbanding 100 individu kelmarin dan cuma dua individu dicekup Rabu lalu.

“Daripada jumlah berkenaan, seramai lima individu dikenakan kompaun manakala baki yang seorang lagi telah ditahan reman,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Kes tertinggi ialah gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera atau manual (tiga), rentas kawasan tanpa kebenaran (dua) dan satu lagi kerana tidak memakai pelitup muka.

Mereka ujar beliau, dicekup Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan 64,070 pemeriksaan melibatkan penugasan sejumlah 3,395 pasukan di seluruh negara.

Ia membabitkan seramai 15,742 anggota dengan mereka memantau sebanyak 15,382 tempat riadah, 168 rumah ibadah, 909 pejabat kerajaan serta 101 buah pasar awam atau tani.

Juga sejumlah 5,348 restoran, 4,427 pasar raya, 3,858 penjaja, 3,227 bank, 2,172 kilang, selain 3,502 terminal pengangkutan awam darat, 1,761 terminal air dan 726 terminal udara.

Seorang pendatang asing tanpa izin dan lima penyeludup ditahan selain sebuah bot diusir melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan wabak Covid-19.

“Sebanyak 88 buah bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” tegas Ismail Sabri.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 1,422 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya telah diarah untuk menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

“Sejumlah 7,047 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 74 hotel serta lapan institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” kata Ismail Sabri.

Sementara itu, jumlah pekerja asing positif Covid-19 setelah saringan di seluruh negara semalam turun lagi kepada hanya enam individu berbanding seramai 20 orang kelmarin.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan sejumlah 1,260 pekerja warga asing menjalani proses itu semalam.

Secara kumulatif jelas beliau lagi, sejak 1 Disember lalu, seramai 671,148 individu telah pun selesai melakukan ujian mandatori itu yang melibatkan penyertaan sejumlah 34,801 majikan.

Daripada jumlah tersebut ujarnya, cuma 10,142 pekerja warga asing disahkan positif wabak maut berkenaan, manakala selebihnya pula iaitu seramai 661,006 orang lagi adalah negatif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN