Enam buah sekolah lagi ditutup di Negeri Sembilan

Enam buah sekolah lagi ditutup di NS 

SK Methodist (ACS) di Seremban merupakan antara sekolah terbaharu yang diarahkan tutup di negeri ini selepas terdapat pengesanan kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan. - FOTO/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak enam buah sekolah lagi di negeri ini diarahkan tutup dalam susulan pengesanan jangkitan Covid-19 dalam kalangan guru dan murid.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, kesemua sekolah berkenaan ditutup selama dua hari bermula esok.

Jelasnya, lima daripada sekolah tersebut terletak di daerah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, SMK Puteri, Sekolah Kebangsaan (SK) King George V, SK Desa Cempaka dan SK Methodist (ACS) manakala di daerah Tampin pula membabitkan SK Gemas.

Menurutnya, keputusan sama ada sekolah berkenaan dibuka semula bergantung kepada penilaian Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Penutupan berkenaan bagi membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan menjalankan proses sanitasi.

“Bagaimanapun, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, empat buah sekolah rendah di daerah Jempol, Kuala Pilah dan Port Dickson dilaporkan diarah tutup selama dua hari bermula hari ini.

Jumaat lalu, SMK Seremban 2 dekat sini ditutup selama tujuh hari sehingga 29 April depan apabila terdapat pengesanan 17 kes positif di sekolah tersebut.

Sehubungan itu, setakat ini, jumlah keseluruhan sekolah di negeri ini yang diarahkan tutup adalah sebanyak 11 buah sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya