e-wallet syarat baharu bagi peniaga pasar tani dan awam - Utusan Malaysia

e-wallet syarat baharu bagi peniaga pasar tani dan awam

ROSOL Wahid menggunakan Touch 'n Go ewallet ketika membuat pembayaran pada pelancaran Tapak Pasar Tani Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua peniaga pasar tani dan awam di Putrajaya perlu menggunakan aplikasi e-wallet sebagai salah satu syarat untuk pembaharuan lesen perniagaan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, syarat berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai usaha bagi memastikan pemain industri sektor peruncitan bersedia menghadapi model perniagaan baharu berkonsepkan pendigitalan.

Katanya, pasar tani Putrajaya dipilih sebagai pelaksanaan fasa pertama Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Insiative-ReDI) dan fasa kedua akan diperluas ke seluruh negara pada Mei ini.

“Perbadanan Putrajaya (PPj) bersetuju bahawa penggunaan e-wallet akan dijadikan antara syarat untuk pembaharuan lesen meniaga di Putrajaya,” katanya pada majlis pelancaran Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan di Tapak Pasar Tani, Presint 2 di sini hari ini.

Sementara itu, Rosol berkata, kementeriannya menyasarkan 100 pasar tani dan awam menggunakan kemudahan e-wallet penghujung tahun ini.

Katanya, kementerian berharap dengan sinergi strategik bersama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta setiap kementerian di negeri-negeri, dengan jangkaan lebih 100 pasar tani dan pasar awam akan turut menyediakan kemudahan e-wallet kepada pengguna.

“Kementerian yakin ia akan memberi satu motivasi kepada peniaga mikro, kecil dan sederhana lain untuk turut serta dalam memberi pilihan kepada pengguna untuk membayar secara tanpa tunai,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, fokus utama ReDI adalah bagi memastikan 12,844 peniaga di 306 pasar tani dan pasar awam di seluruh negara menyediakan kemudahan e-wallet.

ReDI merupakan sinergi strategik pelbagai agensi kerajaan dan swasta membabitkan kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selain mendapat kerjasama PPj, FAMA, PBT, Maybank, Touch n Go dan Axiata Bhd. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya