e-Bakat bantu isteri anggota tentera jadi usahawan

e-Bakat bantu isteri anggota tentera jadi usahawan

TENGKU Muhaini Sultan Ahmad Shah (duduk, kiri) dan Mohammad Faizal Shebli (duduk, kanan) menandatangani MoU antara ATM, MGATE Emerging Technologies Sdn. Bhd. dan HRDCorp. di Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) berhasrat untuk melahirkan usahawan dalam kalangan isteri anggota tentera menerusi program e-Bakat.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, isteri anggota tentera juga mampu untuk membantu menyara kehidupan keluarga terutama selepas suami bersara daripada tempoh perkhidmatan.

Justeru, katanya, program e-Bakat menyasarkan 12,000 penyertaan secara berperingkat dengan 1,000 peserta telah diterima setakat ini melibatkan 100 peserta dalam fasa pertama memandangkan terdapat kira-kira 34,000 isteri anggota tentera terdiri daripada suri rumah.

“Ini adalah satu persiapan untuk anggota tentera yang akan bersara awal, kita tahu tentera berhenti setelah perkhidmatan antara 21 dan 26 tahun iaitu dalam lingkungan umur 40-an. Mereka pencen dan gaji dapat separuh.

“Itu satu tamparan hebat dari segi ekonomi jadi jika suri rumah dapat memahirkan diri supaya dapat menjana ekonomi yang baik, ini serba sedikit dapat membantu dan mungkin ini satu daripada sumber pendapatan yang utama, jadi usaha kedua-dua pihak ini akan menguntungkan keluarga,” katanya.

Menerusi program e-Bakat, Affendi berkata peserta akan dilatih sepenuhnya dalam bidang keusahawanan.

“Seorang suri rumah akan dilatih dari awal hingga akhir dalam kemahiran vokasional seperti memasak, menjahit, membuat kuih, menyulam serta pemasaran.

“Mereka akan buat produk dan akan dilatih pasarkan produk terutamanya berkenaan dengan e-dagang iaitu buat barang dan jual barang. Kita berharap inisiatif ini dapat dikembangkan untuk seluruh warga Bakat, bukan tertumpu kepada kemahiran vokasional sahaja tetapi apa-apa kemahiran yang boleh menjana ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir majlis Memorandum Perjanjian (MoU) antara Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat ATM, Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah dengan Pengarah Urusan MGATE Emerging Technologies Sdn. Bhd., Mohamad Faizal Shebli serta Ketua Pegawai Eksekutif HRDCorp, Datuk Shahul Hameed Dawood.

Majlis turut disaksikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi HRDCorp, Datuk Seri Jamil Salleh dan Pengerusi MGATE, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

MoU tersebut menyaksikan MGATE bakal menyediakan program latihan keusahawanan kepada para peserta manakala HRDCorp bertindak menguruskan dana program e-Bakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya