Dua maut motosikal bertembung sesama sendiri - Utusan Malaysia

Dua maut motosikal bertembung sesama sendiri

KEADAAN kemalangan membabitkan dua penunggang motosikal yang maut di lokasi kejadian di Kilometer 3, Jalan Chembong-Ulu Kanchung, Rembau pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Dua penunggang motosikal maut selepas bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Kilometer 3, Jalan Chembong-Ulu Kanchung di sini pagi tadi.

Dalam kejadian  pukul 8.50 pagi itu, mangsa, Khalid Salleh, 71, dan Yunus Mohmad Latib, 26,  meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, kemalangan membabitkan dua buah motosikal iaitu Yamaha NMAX yang ditunggangi Khalid dan sebuah skuter ditunggangi Yunus.

“Dipercayai motosikal yang ditunggangi mangsa masing-masing dari arah bertentangan telah bertembung sesama sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hazri berkata, mangsa akan dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Rembau pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya