Dua beradik dikhuatiri lemas jatuh jambatan gantung - Utusan Malaysia

Dua beradik dikhuatiri lemas jatuh jambatan gantung

OPERASI mencari dua mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan gantung di Sungai Kampung Rekoh di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Dua beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada jambatan gantung sebelum dihanyutkan arus Sungai Kampung Rekoh di sini, hari ini.

Ketua Balai Polis Daerah Rompin, Asisten Superintenden Mohd. Isa Bidin berkata, kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu berlaku ketika mangsa, Putri Rama Dhania Azahra Masari berusia tiga tahun dan kakaknya, Dhenis Maulida Putri, 7, sedang membonceng motosikal yang ditungggang ibunya.

“Semasa kejadian ibu mangsa sedang membawa dua anaknya itu pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Keratong 1 ke tempat tinggal mereka di ladang Peetih.

“Apabila sampai ke tempat kejadia,n motosikal berkenaan hilang keseimbangan dan tumbang di atas jambatan. Pada masa sama kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Isa, polis menerima panggilan kira-kira pukul 11.20 pagi lalu ke tempat kejadian sebelum operasi pencarian digerakkan melibatkan pelbagai agensi pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, operasi melibatkan 30 orang daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihentikan pada pukul 6 petang.

“Mangsa belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat akan disambung esok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya