Dua anggota badan berkanun Sabah ditahan terima rasuah - Utusan Malaysia

Dua anggota badan berkanun Sabah ditahan terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua kakitangan badan berkanun negeri Sabah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta wang sogokan bagi meluluskan kontrak kerja pertanian di agensi tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua suspek menerima bayaran keseluruhan RM2,700 daripada pekerja yang yang ingin mendapatkan kontrak kerja berkaitan pertanian di badan berkanun berkenaan.

Salah seorang daripada suspek berusia 40an ditahan dalam satu operasi di Tuaran kira-kira pukul 3.15 petang semalam.

Susulan itu, ia membawa kepada penahanan suspek kedua yang berusia 30an kira-kira pukul 8 malam di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah kira-kira RM 3,500 yang dipercayai diterima secara rasuah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya