Covid-19: PPIM, doktor fail kebenaran semakan kehakiman

Covid-19: PPIM, doktor fail kebenaran semakan kehakiman

NADZIM Johan (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab surat bagi memperincikan isu-isu penting berhubung virus Covid-19. - FOTO/NORLIZAH ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan tiga doktor memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab
surat bagi memperincikan isu-isu penting berhubung virus Covid-19.

Permohonan sebelah pihak (ex-parte) itu difailkan melalui Tetuan Rizal Abdullah & Co. di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan menamakan Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Empat individu selaku pemohon itu ialah Bendahari PPIM, Tengku Faedzah Raja Fuad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. A. Roland Victor dan Dr. Sani Ashari.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, pemohon-pemohon mendakwa mereka terkesan terhadap tindakan responden-responden terutamanya responden ketiga yang enggan menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh pemohon pada satu surat bertarikh 20 Januari lalu.

Antara isi kandungan surat itu ialah kaedah pengenalpastian Covid-19, pengendalian pembelian vaksin, penggunaan lain-lain jenis perubatan Covid-19 dan penutupan dan had kehadiran masjid.

Selain itu, mereka juga mengatakan hak asasi dan harapan yang sah sebagai individu dan rakyat Malaysia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan selain hak-hak di bawah Perlembagaan Persekutuan terutamanya kebebasan untuk bercakap dan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru kesemua pemohon memohon suatu perintah mandamus untuk mengarahkan responden ketiga menjawab surat yang dihantar oleh pemohon pertama pada 20 Januari lalu bagi tujuan
menjelaskan dan memperincikan secara menyeluruh isu-isu berhubung Covid-19 di Malaysia.

Mereka juga memohon suatu perintah, bahawa responden-responden adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pemohon-pemohon berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, pihaknya mengetengahkan isu tersebut kerana ia penting bagi mendapatkan jawapan daripada
Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, PPIM menghantar surat berkenaan Januari lalu tetapi sehingga ke hari ini, tiada maklum balas daripada Kementerian Kesihatan.

“Kementerian Kesihatan perlu beri jawapan kepada pihak yang tertanya-tanya, kita rasa ia bukan perkara luar biasa sebab kita hanya minta jawapan.

“Kita bukan minta duit pun atau buat tuntutan, kita hanya mahukan jawapan,” katanya, ketika ditemui selepas memfailkan semakan kehakiman itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya