Buka ruang koperasi labur dalam GLC - Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Buka ruang koperasi labur dalam GLC – SKM

NORDIN SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan keterbukaan ruang dan peluang kepada koperasi yang berkaliber dan layak untuk menyertai ekuiti dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Pengerusi Eksekutif  SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, peluang dibuka itu bahkan secara pulangan dapat membantu kerajaan kembali meningkatkan ekonomi negara sekali gus mengatasi masalah penyusutan ekonomi sedang dialami ketika ini.

“SKM akan sentiasa membantu dan memberi galakan kepada koperasi yang berkelayakan untuk melabur dalam GLC bahkan menjadikan koperasi juara dan dikenali dalam sektor perniagaan.

“Koperasi perlu kompetitif dalam dunia pelaburan, apa pun mesti berlandaskan polisi yang tegas dan SKM sentiasa tampil memberikan bantuan serta sokongan untuk membantu koperasi berjaya dalam sektor ekonomi dipelopori,” katanya dalam kenyataan media.

Oleh itu, koperasi boleh dan digalakkan untuk mencari jalan melabur dalam badan perniagaan yang bersesuaian dari segi pelaburan terpulang pada pengurusan koperasi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Ramah Mesra Bersama Media Dan Penyampaian Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat SKM, di Hotel Tenera Bangi semalam.

Kata Nordin, pelancaran Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021-2025 berupaya menjadi pemacu kepada pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing.

“TransKom menjamin kelangsungan sektor koperasi negara sebagai penyumbang terbesar kepada peningkatan sosio-ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di negara ini.

“Transformasi ini adalah bertepatan dalam menjadi paksi transformasi kepada Gerakan Koperasi di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pada sesi yang sama SKM turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 masing-masing kepada lima wakil penerima terdiri daripada rumah anak yatim, Maahad Tahfiz dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Lima penerima itu adalah Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Kuala Selangor, Maahad Tahfiz As- Salihin; Maahad Integrasi Tahfizul Quran An-Nasr; Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Rukaiyah dan Lembaga Pentadbiran (M.A.S) Kampung Bharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya