Bonus raya penjawat awam Perak dimasuk lepas raya - Utusan Malaysia

Bonus raya penjawat awam Perak dimasuk lepas raya

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri secara one-off sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata,  bantuan itu akan dibayar pada 20 Mei ini iaitu selepas Aidilfitri.

Menurut beliau, pemberian bonus raya tidak dibuat sebelum Aidilfitri  kerana mengambil kira gaji bulan April dan Mei yang diterima penjawat awam sebelum hari raya.

“Prinsipnya kita setuju lulus bayaran bonus Aidilfitri. Bayaran ini tak dibuat sebelum Aidilfitri  kerana mengambil kira gaji bulan April yang sudah dibayar, jadi kakitangan awam sudah ada wang untuk beli baju raya.

“Gaji bulan Mei pula dibayar awal iaitu pada 6 hari bulan dan hari raya pada 13 Mei, bermakna penjawat awam sudah ada duit untuk membeli keperluan hari raya.

“Kalau kita bagi bonus sebelum raya, habis semua duit dibelanjakan, sebab itu kita beri RM1,000 pada 20 Mei, maknanya selepas raya masih ada duit,” kata Saarani selepas pengagihan bubur lambuk sempena Pemukiman Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN