Bersatu Klang tolak karya satira perlekeh institusi raja

Bersatu Klang tolak karya satira perlekeh institusi raja

D. NALLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Klang kesal dengan tindakan seorang pereka grafik, Fahmi Reza yang memuatnaik satira menghina institusi raja dengan menggunakan gambar Permaisuri Agong.

Menurut Ketua Bersekutu Bersatu Klang, D.Nallan, sebagai sebuah negara yang menjunjung roh dan semangat demokrasi, Sayap Bersekutu maklum mengenai kebebasan berekspresi dan juga satira sebagai salah satu seni yang wajar dikembangkan secara bijaksana dalam kalangan masyarakat.

“Namun, tindakan sumbang Fahmi Reza menggunakan gambar permaisuri sebagai subjek untuk mengkritik institusi istana merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab, dangkal serta tidak layak dipanggil kerja seni.

“Dalam Akta Lambang & Nama (mencegah penggunaan tidak wajar) 1963 telah menggariskan larangan mengguna lambang, nama dan rupaan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong dengan tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nallan berkata, kerajaan dengan jelas menegak hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

Namun jelasnya lagi, dalam hak kebebasan bersuara, mestilah ada batas dan tanggungjawabnya.

“Kebebasan ini bukanlah tiket untuk membenarkan mana-mana pihak untuk menghina institusi raja. Justeru, kami berharap agar pihak kerajaan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kes-kes penghinaan terhadap institusi raja,” katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya juga berharap agar penggiat seni dapat membezakan antara satira berbentuk kritikan dan satira berbaur hasutan atau penghinaan kepada institusi raja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya