Bentley terbabit nahas tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Bentley terbabit nahas tiga kenderaan

KEADAAN Bentley Continental yang terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di Kilometer 270.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), dekat sini, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah kereta mewah jenis Bentley Continental antara tiga buah kenderaan yang terbabit dalam nahas di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara) dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 3.15 petang, pemandu kereta berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan di dahi serta dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini bagi rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, selain kereta Bentley, turut terlibat dalam kemalangan ialah sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori kontena jenis Volvo yang membawa muatan barang kargo.

“Pemandu kereta mewah berkenaan dalam perjalanan dari Johor menghala ke Taiping hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kanan jalan dan berpusing sebelum melanggar kereta pacuan empat roda  dipandu seorang lelaki berumur 54 tahun.

“Perlanggaran berkenaan menyebabkan kenderaan Toyota Hilux hilang kawalan dan melanggar sebuah treler jenis Volvo yang dipandu seorang lelaki yang berumur 37 tahun yang sedang bergerak terus dari arah yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Fazley berkata, akibat kemalangan berkenaan, pemandu Bentley dan pemandu kenderaan pacuan empat roda cedera ringan manakala pemandu lori treler tersebut tidak cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya