Benarkan rentas negeri guna bas ekspres - Utusan Malaysia

Benarkan rentas negeri guna bas ekspres

LAILI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sewajarnya mempertimbangkan memberi kebenaran orang ramai merentas negeri pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri menggunakan perkhidmatan bas ekspres daripada tidak membenarkan langsung aktiviti itu.

Pengarah Urusan Ekspres Perdana Pantai Timur, Laili Ismail berkata, larangan tersebut membuatkan keadaan ekonomi sangat teruk terutama kepada golongan peniaga pengangkutan awam.

Katanya, kebanyakan bas ekspres mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan dengan cara itu boleh memberi ruang merentas negeri pada orang ramai dan membantu pengusaha bas ekspres.

“Jangan benar orang awam rentas negeri dengan kenderaan mereka, tetapi benarkan dengan bas ekspres. Kalau benarkan orang ramai naik kenderaan sendiri, mereka berhenti entah mana-mana, hendak kawal pun susah.

“Bila dengan bas ekspres ini , kerajaan senang kawal dan pantau. Ada data penumpang , kalau ada kes boleh terus cari,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Laili yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung (Pembawa) berkata, larangan tersebut memberi kesan semakin teruk terutama kepada pengusaha-pengusaha bas ekspres.

Katanya, kebanyakan pengusaha bas ekspres memfokuskan memperoleh pendapatan tambahan pada musim perayaan nanti tetapi hampa akibat larangan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Pembawa, Mohamad Kaharrudin Salleh berkata, pengusaha-pengusaha bas ekspres tidak dapat beroperasi sepenuhnya disebabkan larangan itu, malah operasi mereka dianggarkan hanya mencapai 10 peratus.

“Bas tetap beroperasi, tetapi (kurang) kapasiti penumpang. Kapasiti bas hanya mengikut keadaan, kadangkala bas penuh, kadangkala tidak. Malah tidak akan ada lonjakan penumpang pada Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sentiasa bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan mengenai aktiviti rentas negeri pada saat-saat akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya