Belakang kedai jadi 'port' langgar SOP - Utusan Malaysia

Belakang kedai jadi ‘port’ langgar SOP

SEBUAH kedai yang diserbu polis selepas melanggar SOP di sekitar Pasir Mas, Kelantan awal pagi ini. - IHSAN IPD PASIR MAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Peniaga kedai makan dikompaun RM10,000 selepas didapati menjadikan belakang premisnya, di sini yang tersorok sebagai ‘port’ lepak hingga awal pagi, sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Dalam serbuan pukul 12.10 tengah malam tadi, pemilik premis berkenaan didapati bersalah melanggar peraturan SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu tidak dibenarkan beroperasi melebihi pukul 10 malam.

Selain pemilik, tujuh pelanggan yang sedang leka lepak di situ turut dikompaun RM1,500 seorang kerana tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, tujuh pelanggan yang dikompauan terdiri dari lima lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 34 tahun.

“Tindakan kompaun ini bukan untuk membebankan masyarakat tetapi lebih kepada meningatkan lagi kesedaran dalam aspek pematuhan SOP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, pematuhan SOP itu selari dengan normal baharu yang telah dipraktikkan kerajaan sejak jangkitan Covid-19 mula tercetus di negara ini pada Mac tahun lalu.

“Pematuhan SOP ini penting dalam usaha mencegah dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang terus merebak,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya