Bayi ditemukan mati tersepit pada besi katil - Utusan Malaysia

Bayi ditemukan mati tersepit pada besi katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU:  Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan ditemukan maut dipercayai akibat tersepit pada besi katil di sebuah asrama kebajikan di Jitra dekat sini semalam.

Sumber memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 7 hingga 8 malam ketika dua petugas di asrama tersebut berbuka puasa.

Ketika kejadian  terdapat dua petugas di situ terdiri daripada individu lelaki berusia 43 tahun dan wanita berumur 60 tahun.

“Bayi itu dikatakan ditinggalkan petugas di atas katil dalam keadaan terbaring bersama bantal di kiri dan kanan kerana kedua-dua mereka hendak berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib.

“Selesai solat, petugas wanita tersebut memeriksa kawasan asrama  dan mendapati mangsa tersepit dengan  kepalanya tersangkut di celah besi katil,” kata sumber.

Asrama tersebut dihuni 26 kanak-kanak berusia 22 hari hingga 15 tahun dengan rata-rata  orang kurang upaya serta mengalami masalah kesihatan.

Bayi itu dikatakan dihantar ke asrama tersebut untuk jagaan sementara sejak 1 April  kerana ibu bapanya ditahan berkaitan kes dadah.

Sumber tersebut memaklumkan, siasatan awal mendapati mangsa mungkin merangkak untuk keluar dari katil menerusi celah besi.

Sumber berkata, jenazah bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Suprintenden Rodzi Abu Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya