Bantuan setengah bulan gaji buat penjawat awam Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Bantuan setengah bulan gaji buat penjawat awam Negeri Sembilan

Aminuddin Harun mengumumkan bantuan khas kewangan untuk penjawat awam Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2021 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut melibatkan 3,974 kakitangan perkhidmatan awam jabatan negeri dengan nilai keseluruhan RM6.3 juta.

Selain itu, katanya, keputusan tersebut juga turut dipanjangkan pemakaiannya kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri dengan anggaran berjumlah RM3.6 juta kepada 1,869 orang kakitangan.

Tambah Aminuddin, kerajaan negeri akan membuat pembayaran BKK Aidilfitri 2021 tersebut pada 3 Mei ini.

Jelas beliau, dengan pemberiaan bantuan tersebut, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam di negeri ini selain dapat meningkatkan motivasi mereka.

“Sebenarnya sebahagian besar penjawat awam di Negeri Sembilan ini di bawah kategori 40 peratus terendah (B40), hampir 92 peratus.

“Kami harap dengan adanya bantuan ini akan meningkatkan lagi komitmen dan kesungguhan, motivasi penjawat-penjawat awam kita untuk memberikan yang terbaik untuk negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri dekat sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya