Bantu elak PKP 3.0 demi pemulihan ekonomi - Utusan Malaysia

Bantu elak PKP 3.0 demi pemulihan ekonomi

RAKYAT perlu bersatu padu mengurangkan kes jangkitan Covid-19 supaya ekonomi negara boleh terus pulih. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat diseru agar bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19 sekali gus menghalang kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan kerana ekonomi negara berada di landasan yang baik untuk pulih pada tahun ini.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kenaikan kes Covid-19 melebihi angka 2,000 sejak kebelakangan ini menimbulkan kegusaran PKP dilaksanakan kembali, seterusnya memberikan kesan lebih buruk kepada peniaga kecil dan pelbagai industri.

Ujarnya, walaupun kerajaan pernah menyatakan PKP 3.0 tidak akan dilaksanakan kerana menjejaskan kehidupan rakyat, namun perkara itu tidak mustahil sekiranya kes harian makin meningkat secara mendadak.

Tambahan pula jelasnya, program vaksinasi tidak berlaku sepantas yang dirancang atas pelbagai sebab, sekali gus boleh menjejaskan ekonomi negara dengan lebih teruk seperti yang berlaku di Filipina, India dan Thailand.

“Ekonomi negara kini menunjukkan kesan positif dipacu peningkatan eksport negara yang menggalakkan selain harga komoditi seperti sawit dan minyak mentah yang tinggi memberikan ruang kepada pemulihan.

“Namun sekiranya kes naik mendadak, maka kerajaan mungkin terpaksa melaksanakan semula PKP diseluruh negara untuk menurunkan kadar jangkitan dan pastinya ini amat menjejaskan pemulihan ekonomi negara yang diunjurkan enam ke 7.5 peratus tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,148 kes baharu Covid-19 pada Khamis lalu (15 April), iaitu kali pertama jumlah jangkitan harian melebihi 2,000 kes sejak 5 Mac.

Kes jangkitan kemudian meningkat 2,551 kes pada Jumaat dan 2,331 kes (Sabtu) sebelum menurun sedikit kepada 2,195 kes semalam.

Menurut Aimi Zulhazmi, kenaikan kes baharu yang melebihi 2,000 kes ini perlu diambil serius oleh rakyat dan bagi mereka yang tinggal di kawasan PKP Pemulihan tidak mengambil mudah kerana negeri yang sebelum ini dalam PKP Pemulihan beberapa bulan lalu juga ada yang melaporkan kenaikan mendadak.

“Umum maklum perubahan daripada PKPP kepada PKP memberikan kesan kepada ekonomi tempatan, contohnya had tempat duduk di kedai makan dalam kawasan PKP lebih sedikit dan tentunya menjejaskan pendapatan peniaga. Majlis sosial juga seperti kenduri kahwin terpaksa diadakan secara kecil-kecilan dan ini juga menjejaskan aktiviti ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ramai yg mahu kerajaan membenarkan merentas negeri terutamanya untuk pulang ke kampung berhari raya, namun risiko tersebut sangat besar seperti yang berlaku pada November dan Disember 2020 yang lalu, kes naik mendadak sewaktu merentas negeri dibenarkan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya