Bank Rakyat tawar hadiah lebih RM300,000 kepada pelanggan

Bank Rakyat tawar hadiah lebih RM300,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelanggan Bank Rakyat dan orang ramai berpeluang untuk merebut peluang keemasan menerusi Kempen Jalinan Lebaran bernilai lebih RM300,000 yang akan berlangsung sehingga 30 Jun tahun ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, kempen itu bertujuan bagi memberi tumpuan kepada keperluan asas para pelanggannya bagi memastikan hari raya yang akan bermula pertengahan bulan depan disambut dengan penuh keceriaan. 

“Orang ramai berpeluang menikmati pelbagai tawaran menerusi produk Pembiayaan Peribadi-i yang memberi pulangan tunai bernilai RM180,000 kepada seramai 30 pemenang bertuah. 

“Antara lain, 10 pelanggan yang melanggan produk Pembiayaan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS)/Mikro/Koperasi bakal memenangi pakej penjenamaan produk bernilai RM10,000. 

“Manakala bagi produk Pembiayaan Kenderaan-i menawarkan hadiah menarik seperti kad Touch ‘n Go, perlindngan Takaful kemalangan diri dan baucar petrol,”  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau turut berkata, sempena tawaran Rakan Beli-Belah Anda, pelanggan Kad Kredit-i Bank Rakyat hanya perlu melakukan transaksi pembelian dengan jumlah minimum RM250 dalam satu resit di mana-mana 50 rakan dagang terpilih seperti Aigner, Dome Cafe untuk menikmati diskaun menarik. 

“Pelanggan juga boleh melakukan transaksi melalui DuitNow dan Bank Rakyat akan menyumbangkan RM0.10 setiap transaksi yang akan disalurkan kepada lima hospital terpilih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya