Awie, Wings kembali selepas setahun - Utusan Malaysia

Awie, Wings kembali selepas setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pandemik yang melanda dunia kini memberi kesan kepada pelbagai sektor pekerjaan. Antara yang turut meluahkan rasa yang sama adalah penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie.

Berhadapan dengan beberapa persembahan yang terpaksa dibatalkan kerana situasi ini. Jelas Awie, sedikit sebanyak memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga mereka yang terlibat dalam industri ini secara langsung.

“Sebenarnya saya memegang prinsip hidup harus diteruskan. Kami dah ditentukan Allah untuk menjadi pemuzik, penyanyi dan penghibur. Jadi, mahu atau tidak, kami perlu bekerja.

“Memang tidak dinafi¬kan, pendapatan kami terjejas dengan teruk dalam tempoh pandemik ini. Biarpun kita lihat angka jangkitan yang tidak menentu tetapi persembahan tetap perlu diteruskan tetapi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, asalkan tidak menyalahi undang-undang,”katanya.

Bakal mengadakan Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan pada Jumaat dan Sabtu ini, di Melaka dan Kuala Lumpur, Awie berkata pihaknya juga sudah bersedia dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan.

“Selepas hampir setahun tidak mengadakan persembahan, sedikit sebanyak ini dapat mengubati kerinduan kepada peminat. Pada 30 April bertempat di Hotel Lacrista, Melaka saya akan diringi oleh pemuzik undangan. Sementara bagi acara di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 1 Mei pula bersama Wings untuk Showcase Wings Raikan Ramadan.

“Bagaimanapun jumlah penonton untuk menyaksikan persembahan selama dua itu terpaksa dihadkan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Persembahan di Hotel Lacrista, Melaka hanya menawarkan sebanyak 25 buah meja dengan kira-kira 200 penonton, manakala Hotel Premiera, Kuala Lumpur dapat memuatkan 400 penonton dengan 50 meja,”tambahnya.

Menurut Awie sempena Ramadan, Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan anjuran Awie Entertainment dengan kerjasama HS Shazliciious Trading ini memilih tema ketuhanan dan kerohanian. Selain bakal membawakan lagu-lagu solonya serta lagu popular Wings, acara pada malam berkenaan juga akan diisi dengan aktiviti kerohanian yang turut dihadiri penceramah terkenal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya