Anwar dipanggil bagi lengkapkan siasatan - Huzir Mohamed

Anwar dipanggil bagi lengkapkan siasatan – Huzir

HUZIR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tindakan merakam percakapan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah prosedur biasa bagi melengkapkan kertas siasatan perbualan audio didakwa antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, Anwar dipanggil hadir ke pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman kerana pihaknya mendapat perintah untuk menyiasat daripada pendakwa raya mengikut peruntukan Seksyen 108 (2 ) Kanun Tatatcara Jenayah.

Katanya, ini juga bagi mengenal pasti individu yang membuat rakaman audio berkenaan serta motif audio berkenaan disebarkan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Setakat ini sebanyak 18 laporan polis diterima daripada 17 wakil politik dan seorang individu awam yang mendesak supaya siasatan dijalankan bagi menentukan kesahihan atau mungkin terdapat pihak tidak bertanggungjawab memalsukan audio itu untuk mencetuskan kegentaran awam serta perasaan tidak harmoni antara parti politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Huzir berkata, penularan rakaman audio perbualan itu memberikan pelbagai persepsi negatif dan menimbulkan kebimbangan masyarakat berdasarkan komen warganet di media sosial memandangkan kedua-dua individu berkenaan adalah pemimpin politik yang berpengaruh.

Terdahulu, Anwar hadir ke Bukit Aman kira-kira pukul 9.50 pagi bagi memberi keterangan kepada pihak polis dan proses tersebut selesai kira-kira satu jam setengah kemudian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya