Aktivis diperintah bayar ganti rugi Mufti Perlis RM150,000

Aktivis diperintah bayar RM150,000 kepada Mufti Perlis

MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan aktivis T. Arunakirinathan membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berhubung dua
hantaran yang dibuat dalam laman Facebook, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ishak Bakri membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman fitnah yang dikemukakan oleh Mohd. Asri selaku plaintif terhadap Arunakirinathan selaku defendan.

Dalam dua hantaran itu, defendan antara lain mendakwa bahawa plaintif ingin menghancurkan kuil-kuil dan terlibat dengan penculikan seorang pastor.

Aktivis itu turut diperintah membayar kos RM20,000 kepada Mohd. Asri.

Mahkamah juga mengarahkan defendan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif secara bertulis di dalam akhbar utama pilihan plaintif dan melalui Facebook milik
defendan.

Peguam Meor Amir Meor Omar Baki yang mewakili Mohd. Asri memberitahu pihak media, selain itu, defendan juga perlu menarik balik kedua-dua hantaran yang memfitnah tersebut termasuk
mana-mana hantaran yang memetik plaintif secara langsung atau tidak langsung

Ujarnya, mahkamah turut membenarkan suatu injuksi kekal bagi menghalang defendan daripada bercakap, menerbit, menghasut bagi tujuan penerbitan atau menyebabkan penerbitan sebarang posting memfitnah yang merujuk plaintif sama ada lisan atau secara bertulis.

Dalam prosiding itu, Nur Anis Abdul Rani turut mewakili Mohd. Asri.

Plaintif memfailkan saman fitnah itu pada 25 Februari 2019 selepas defendan didakwa membuat dua hantaran memfitnah pada 26 dan 27 November 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya