Ahli lega keputusan pemilihan UMNO tahun ini

Ahli lega keputusan pemilihan UMNO tahun ini

MOHD. ROSLEE ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk mengadakan pemilihan parti pada tahun ini melegakan ahli-ahli akar umbi khususnya untuk memilih kepemimpinan baharu untuk menggerakkan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Kapar, Mohd. Roslee Abd. Hamid berkata, parti tidak ada sebab untuk menangguhkan pemilihan melainkan alasan lain ditentukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) selepas parti mahu menyerahkan surat kepada jabatan itu bagi mendapatkan nasihat.

“Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada sebab menangguhkan pemilihan, kalau beliau hendak kekal, bertandinglah, kalau beliau bertanding, beliau kuat. Walaupun terpalit kes, kalau menang, tidak boleh hendak salahkan ahli UMNO.

“Ahmad Zahid harus tegas dengan kata-kata sendiri kerana ia akan membuatkan pimpinan akar umbi dan ahli UMNO hormat kepada beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, MT UMNO memutuskan untuk menghantar surat kepada Ketua Pengarah ROS dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meminta nasihat dan garis panduan bagaimana untuk UMNO menjalankan pemilihan parti pada tahun ini.

Perkara itu diberitahu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas mesyuarat berkenaan yang menyatakan, ia dibuat selaras peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan SOP Covid-19.

Dalam pada itu, Mohd. Roslee berkata, ahli perlu akur jika keputusan ROS kelak menyekat pemilihan diadakan tahun ini dan perlu ditangguhkan dalam tempoh 18 bulan.

Katanya, memandangkan Covid-19 dan surat yang sudah dihantar kepada ROS, ada kemungkinan ahli akan tersekat untuk hadir mesyuarat yang hanya dibenarkan separuh kapasiti bangunan.

“Jadi UMNO tidak nampak pengecut hendak buat pemilihan tetapi dengan meminta kebenaran ROS akan menyebabkan secara tersiratnya ia mungkin ditangguhkan.

“UMNO bukan lagi parti pemerintah, jadi bukan kita yang tentukan bila Parlimen akan dibubar atau apa sahaja alasan penangguhan pilihan parti kerana hendak PRU-15. Jadi alasan Covid-19 akan digunakan jika pemilihan ditangguhkan kerana ia berkait rapat dengan persidangan Parlimen yang juga tidak diadakan kerana alasan sama,” katanya.

Sebelum ini, Mohd. Roslee dilaporkan berkata, Ahmad Zahid harus tegas untuk mengotakan janji beliau yang memberi jaminan pada Februari lalu bahawa pemilihan parti akan tetap diadakan tahun ini.

Perkara itu, katanya akan membuatkan pimpinan akar umbi dan ahli UMNO hormat kepada beliau dan pemilihan UMNO wajar dibuat sebelum PRU-15 selain mengikut jadual dan Perlembagaan parti iaitu pemilihan setiap tiga tahun sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya