Ahli Dewan Undangan Negeri Melor meninggal dunia

ADUN Melor meninggal dunia

ALLAHYARHAM MD. YUSNAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr. Md. Yusnan Yusof meninggal dunia di rumahnya di Ketereh kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan sebentar tadi..

“‎Dukacita dimaklumkan bahawa YB Dr. Yusnan Yusof, ADUN Melor yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri telah kembali ke Rahmatullah sekitar pukul 2 pagi.

“Mewakili saf kepemimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan Pas Kelantan saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Difahamkan, Allahyarham Md. Yusnan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di madrasah berhampiran rumahnya dan dikebumikan selepas solat Jumaat ini.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Md. Yusnan mewakili Pas memenangi kerusi DUN Melor dengan majoriti 647 undi

Beliau meraih 7,820 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Azmi Ishak yang mendapat 7,173 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) Abdul Aziz Abdul Kadir 2,122 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya