Ada cara tersendiri kesan Muhammad Sajjad - MAIS

Ada cara kesan Muhammad Sajjad – MAIS

NUR SAJAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pihak berkuasa mempunyai cara tersendiri untuk mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat yang menghilangkan diri sejak waran tangkap terhadapnya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kemana sahaja individu terbabit pergi, pihak berkuasa pasti akan dapat mengesannya.

“Kerjasama dengan negara-negara berkenaan akan dapat orang berkenaan, kalau dia (Muhammad Sajjad) berada di luar negara.

“Tidak semestinya campur tangan Polis Antarabangsa (Interpol) tetapi kita ada caralah,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran kempen Jom Sedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor di sini hari ini. 

Mengulas lanjut mengenai Muhammad Sajjad berada di luar negara, Abdul Aziz berkata, perkara itu timbul apabila individu yang dicari tidak dijumpai sehingga menimbulkan pelbagai kemungkinan termasuk di luar negara.  

“Tetapi tidak semestinya, mungkin dalam negara dan tidak jumpa lagi. Kes (waran tangkap) ini adalah kes Selangor (Jabatan Agama Islam Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor) tetapi (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman memantaunya. 

“Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pun teka-teka juga lah, kemungkinan. Namun, pergi mana sekali pun di dunia ini, pihak polis mempunyai rangkaian tersendiri. Cuma masa sahaja (menentukan penangkapan),” ujarnya.

Semalam, media melaporkan Muhammad Sajjad kemungkinan berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.

Huzir menegaskan tindakan masih diambil untuk mengesan Muhammad Sajjad dengan ada berita menyatakan dia berada di luar negara dan pemantauan masih dijalankan pihaknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya