Abdul Latif terajui semula kastam  - Utusan Malaysia

Abdul Latif terajui semula kastam 

Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir yang bersara sebagai Ketua Pengarah Kastam pada 25 Mac lalu dilantik semula menerajui Jabatan itu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan menerusi laman sesawang rasmi jabatan itu yang mengucapkan tahniah terhadap beliau.

Sementara itu, Abdul Latif dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman akaun Facebooknya memberitahu, beliau bersedia menggalas semula tanggungjawab yang diserahkan kepadanya.

Malah, kata beliau, demi menyahut tanggungjawab dan tugasan yang diamanahkan, setiap cabaran akan tetap didepani. 

“Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada pagi ini saya melangkah kaki ke sini bagi menggalas semula tanggungjawab yang diserahkan kepada saya. 

“Terima kasih kepada semua yang menyambut dan meraikan saya hari ini dalam majlis serba sederhana dengan pematuhan segala prosedur operasi standard (SOP)  oleh kerajaan bagi memerangi wabak Covid-19,”jelas kenyataan itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya