'Abang' tidak rujuk hubungan dua hala Malaysia-China - Utusan Malaysia

‘Abang’ tidak rujuk hubungan dua hala Malaysia-China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menjelaskan perkataan ‘abang’ tidak merujuk kepada hubungan dua hala Malaysia dan China sebaliknya secara peribadi satu tanda penghormatan kepada rakan sejawatnya, Wang Yi yang lebih tua dan senior.

Beliau berkata, bersikap hormat-menghormati tidak bermakna satu kelemahan.

“Ungkapan yang saya gunakan tidak merujuk kepada hubungan dua hala. Hubungan Malaysia dan China adalah berdasarkan kepercayaan dan persamaan bersama.

“Menghormati Wang Yi lebih tua dan Menteri Luar Negeri yang lebih senior, oleh itu ‘abang’ kepada saya itu adalah secara peribadi. Bersikap hormat tidak menandakan kelemahan.

“Yakinlah bahawa Malaysia tetap merdeka, berprinsip dan pragmatik daripada segi dasar luar kita yang diasaskan pada nilai-nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan, dan kesaksamaan. Kami justeru itu akan terus memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat negara yang adil dan saksama,” katanya menerusi hantaran akaun Twitter beliau hari ini.

Beliau menyebut perkataan itu dalam sidang akhbar selepas kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tinggi mempromosikan kerjasama era pasca Covid-19.

Beliau kini dalam lawatan rasmi sulung ke negara itu di Fujian.

Dalam maklum balas, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan Hishammuddin itu yang menyifatkan China sebagai ‘abang’ seolah-olah meletakkan taraf Malaysia hanya sebagai boneka asing.

Kata beliau, demikian bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa dengan sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia di samping kenyataan Menteri Luar itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya