PETALING JAYA: Malaysia berpotensi kehilangan AS$4.1 bilion (RM16.93 bilion) setahun dari segi imbangan dagangan apabila menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), menurut simulasi yang dijalankan pegawai kanan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD). Kehilangan tersebut adalah yang terbesar berbanding negara-negara ASEAN lain dalam RCEP, dengan peratus perubahan imbangan dagangan pada -36.5 peratus selepas menyertai perjanjian itu berbanding -27.7 peratus untuk Myanmar dan -22.5 peratus Thailand. Negara-negara ASEAN lain turut mencatatkan perubahan imbangan dagangan negatif kecuali Brunei yang mencatatkan perubahan positif 0.1 peratus. Menurut Pegawai Hal Ehwal Ekonomi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya