7 lagi sekolah ditutup dua hari akibat Covid-19 di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

7 lagi sekolah ditutup dua hari akibat Covid-19 di Pulau Pinang

ABDUL RASHID ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak tujuh buah lagi sekolah di negeri ini diarah tutup dua hari bermula hari ini ekoran terdapat kes positif Covid-19 dikesan di sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, pertambahan tujuh buah sekolah itu menjadikan jumlah terkini sekolah yang ditutup akibat Covid-19 di negeri ini sebanyak 27 buah.

“Penilaian risiko dijalankan di sekolah-sekolah terbabit dan pelajar yang terlibat akan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang diarahkan tutup dua hari selepas kes positif Covid-19 dikesan di situ.

Difahamkan, kesemua sekolah yang ditutup itu melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah di bahagian pulau dan Seberang Perai.

Bagaimanapun, Abdul Rashid enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai nama sekolah yang terlibat dengan penutupan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN