42 peniaga dikompaun RM5,800 gagal patuhi SHMMP - Utusan Malaysia

42 peniaga dikompaun RM5,800 gagal patuhi SHMMP

MOHD. Hairul Anuar Bohro (kiri) melakukan pemeriksaan di sebuah gerai ikan ketika tinjauan di Pasar Awam Larkin di Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 42 peniaga di negeri ini dikenakan tindakan kompaun kerana gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang diperkenalkan sejak 21 April lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, 33 peniaga didapati melakukan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga barangan yang dijual.

Katanya, sembilan kes lagi melibatkan peniaga yang masih berdegil menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan oleh pihak kementerian dengan jumlah kompaun keseluruhan dikenakan terhadap mereka adalah RM5,800 mengikut kesalahan masing-masing.

“Peniaga-peniaga diminta mematuhi segala undang-undang perniagaan yang telah ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangya.

“Tindakan tegas diambil sekiranya didapati peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga,” katanya selepas mengadakan pemeriksaan sempena SHMMP di Pasar Awam Larkin, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya