3,332 kes positif; 1,943 kes sembuh; 15 kematian - Dr. Noor Hisham

3,332 kes positif; 1,943 kes sembuh, 15 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan jumlah kes positif baharu Covid-19 melebihi 3,000 kes iaitu 3,332 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 1,943 kes.

Sebanyak 15 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 28,093 kes berbanding semalam, 26,719 kes manakala kelmarin, 25,414 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 309 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 147 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 1,083 kes diikuti Sarawak, 522 kes; Kelantan, 401 kes; Kuala Lumpur, 359 kes; Johor, 207 kes; Pulau Pinang, 158 kes; Sabah, 131 kes; Negeri Sembilan, 111 kes dan Kedah, 105 kes.

“Negeri yag merekodkan kes dua angka iaitu Pahang, 92 kes; Perak, 91 kes; Melaka, 43 kes dan Terengganu, 19 kes.

“Baki negeri pula, Putrajaya, sembilan kes dan Perlis, satu kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya