30,000 anggota ATM sudah divaksin - Dr. Md. Amin

30,000 anggota ATM sudah divaksin 

MD. AMIN MUSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir 30,000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah  menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Dr. Md. Amin Muslan berkata, suntikan diterima anggota terbabit menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula lebih sebulan lalu.

Katanya, ia merupakan jumlah keseluruhan 50,000 anggota yang perlu menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama.

“Kini 80 hingga 90 peratus daripada jumlah vaksin yang kita terima sudah disuntik kepada pegawai dan anggota ATM. Walau apa pun, ia bergantung kepada jumlah vaksin yang diberikan kepada ATM.

“Alhamdulillah kita dijanjikan lebih kurang 50,000, sudah disuntik setakat ini lebih 30,000 orang dan kesemuanya menerima dos PfizerBio-NTech,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perasmian Persidangan Perubatan Ketenteraan 2021 di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan semalam.

Tambah Dr. Md. Amin berkata, kira-kira 170,000 anggota ATM telah didaftarkan sebagai penerima vaksin dan jumlah tersebut akan diperluaskan lagi pada masa depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, ATM memerlukan kira-kira 300 pegawai perubatan yang terdiri daripada kalangan doktor bagi memenuhi keperluan perkhidmatan itu.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah tambahan kepada jumlah pegawai perubatan pada masa kini iaitu kira-kira 300 orang.

“Kalau ikutkan data semasa, kita mempunyai 300 orang pegawai perubatan atau doktor tentera yang berkhidmat dalam ATM. Tetapi kita mahu menambah lebih ramai dalam perjawatan itu iaitu lebih kurang 300 pegawai. 

“Kita faham hal perjawatan menjadi cabaran. Tapi perkara ini sedang diteliti untuk tindakan masa depan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya